Tuesday, July 26, 2011

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ditubuhkan pada 27 Disember 1965 melalui Enakmen LKNP Bil. 12/65 dengan tanggungjawab utamanya bagi meningkat, mendorong, memberi kemudahan serta menjalankan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial negeri terutamanya di kawasan luar bandar.






Kami berjanji akan :
1.Memberikan maklumbalas kelulusan setiap permohonan tapak industri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh permohonan diterima.

2.Menyelaras Mesyuarat Teknikal bagi setiap cadangan projek industri tidak melebihi empat minggu dari tarikh pelan-pelan yang telah mematuhi syarat-syarat dan bilangan yang ditetapkan oleh Jabatan Teknikal berkaitan diterima dari pemohon serta memastikan kebenaran untuk memulakan kerja pembinaan diperolehi selepas tujuh hari setelah segala ulasan di Mesyuarat Teknikal dipinda dan dipatuhi.

3.Membuat tawaran jualan kedai/rumah serta merta jika dokumen permohonan yang dikemukakan adalah lengkap.

4.Memproses serta merta surat tawaran sewaan bagi premis-premis yang tersedia untuk disewa jika pemohon adalah berkelayakan dan mengemukakan dokumen yang lengkap.

5.Memberikan maklumbalas serta merta terhadap semua aduan pelanggan.

6.Menyediakan maklumat dan rujukan terkini mengenai perniagaan dan keusahawanan Bumiputera.

7.Mengamalkan nilai-nilai murni dan berintegriti semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan PKNP.

Projek Hartanah

- 10 Unit Kedai Pejabat 3 Tingkat Dan 8 Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat Di Sektor II, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

- Perumahan dan Perkedaian Fasa 1, Di Kawasan Perindustrian Jerantut, Pedah, Jerantut.

- Perumahan dan Perkedaian Fasa 1, Bandar Gambang, Kuantan.

- PKNP's Condo Villa, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

- Perumahan dan Perkedaian di Batu 4 ½, Jalan Pekan

- Perumahan Fasa 1, Berchang, Kuala Lipis.

- Perumahan Fasa 2, Bandar Baru Chendor, Kuantan.

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
Tingkat 16, Kompleks Teruntum, 25000 Kuantan, Pahang
Hakcipta Terpelihara 2007 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
Tel : 6+09 5135566 Fax : 6+09 5130510

No comments:

Post a Comment

Popular Posts