Tuesday, October 25, 2011

Bandar Tasik Puteri

Santuari Pinggir Bandar Bandar Tasik Puteri merupakan kawasan yang kaya dengan bentuk muka bumi yang semulajadi dengan tasik semulajadi serta tanaman hijaunya yang luas terbentang di tanah seluas 2,670 ekar. Ia di kelilingi oleh kejiranan terkenal seperti Kuang, Kundang, Batu Arang dan Rawang; yang secara kolektif dikenali sebagai sebahagian daripada Utara Lembah Kelang. Jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar Kuala Lumpur, kawasan ini merupakan projek mega yang terancang dengan satu kelainan. Dibina sebagai Pusat Integrasi Urban di Utara Lembah Kelang, Bandar Tasik Puteri direka sedemikian rupa dengan konsep yang sama dengan rekaan komuniti keluarga seperti di Amerika Syarikat dan Australia dengan mengekalkan ciri unik gaya hidup rakyat Malaysia Bandar Tasik Puteri merangkumi komponen perumahan, komersial dan rekreasi dan di bina untuk menarik lebih kurang 120,000 orang penduduk apabila siap dan ini sahaja akan menjadikannya antara pembangunan yang terbesar dan paling unik di utara Lembah Kelang. Bandar Tasik Puteri mempunyai visi untuk memenuhi keperluan dan jangkaan semua pembeli rumah di utara Lembah Kelang yang mencari kemudahan moden dan persekitaran yang terpencil untuk dijadikan rumah kediaman. Pembangunan Hebat di Wilayah Utara Pelancaran Bandar Tasik Puteri telah mengubah kualiti dan gaya hidup di bahagian utara. Kerjasama yang erat dari kerajaan negeri telah menyediakan kemudahan awam yang lebih baik dan taman perumahan ini telah maju secara progresif dengan menyediakan kehidupan yang lebih baik dan memberi peluang-peluang komersial. Pendidikan, kesihatan, hiburan, rekreasi, sukan dan pelancongan merupakan sebahagian daripada visi taman perumahan ini untuk memenuhi keperluan masyarakat yang sentiasa berkembang. Bagi pembeli bijak yang mencari kediaman selesa dan kemudahan yang komprehensif, Bandar Tasik Puteri sudah tentu menjadi pilihan utama mengatasi pilihan-pilihan lain. Koridor Bandar Tasik Puteri mempunyai konsep koridor untuk masyarakat yang dinamik. 5 koridor yang berbeza ini dinamakan Value Corridor, Quality Corridor, Business Corridor, Recreation Corridor and Premier Corridor.

LBCN jamin siap projek perumahan Alam Perdana

LBCN juga telah mendepositkan RM41 juta dalam "Tabung Projek Terbengkalai Negeri Selangor" yang diuruskan oleh kerajaan negeri. SHAH ALAM: Kerajaan negeri telah memperoleh jaminan peribadi dari pengarah-pengarah Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn Bhd (LBCN) untuk menyiapkan projek perumahan terbengkalai, Alam Perdana di Kuala Selangor akhir tahun ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan kepada kira-kira 500 pembeli rumah bahawa LBCN juga telah mendepositkan RM41 juta dalam “Tabung Projek Terbengkalai Negeri Selangor” yang diuruskan oleh kerajaan negeri. Beliau berkata, dana itu akan digunakan untuk menyiapkan 3,000 rumah yang sepatutnya telah disiapkan sejak 2001. LBCN diberi tempoh antara enam hingga ke 18 bulan untuk menyiapkan sepenuhnya pembinaan itu. “Jika syarikat ini gagal menyiapkannya, mereka akan kehilangan deposit. Kita akan menggunakan dana ini untuk mendapatkan pemaju lain bagi menyiapkan projek perumahan ini,” kata Menteri Besar dalam satu kenyataan media hari ini. Menteri Besar berkata demikian pada sesi dialog dengan pembeli-pembeli rumah projek Alam Perdana di Stadium Tertutup di Kuala Selangor, semalam. Bagi pembeli-pembeli yang telah diistiharkan muflis kerana gagal membayar pinjaman perumahan, Menteri Besar berkata, beliau akan cuba membantu dengan mengadakan perbincangan dengan bank-bank yang terlibat. “Saya secara peribadi akan bertemu pihak bank untuk memastikan pembeli tidak dibebankan dengan masalah ini, ” katanya. Pada sesi dialog itu, pembeli-pembeli meluahkan kemarahan terhadap pemaju kerana gagal menyiapkan projek seperti yang dijanjikan. Pada masa yang sama, pembeli-pembeli menyatakan terima kasih kepada kerajaan negeri yang membantu memastikan projek terbengkalai berkenaan disiapkan menjelang akhir tahun ini. Peneroka asal Mengenai isu Kampung Kerandang, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti 30 keluarga yang tinggal di kampung itu dan akan mengadakan pertemuan bagi memastikan mereka adalah peneroka asal. Kira-kira 1,000 ekar Hutan Simpan Bukit Tarek telah diasingkan dan diberikan sebagai tanah TOL di bawah kerajaan terdahulu. Kerajaan negeri mendapati bahawa tanah TOL ini dikeluarkan untuk tanaman kontan. “Kelapa sawit bukan tanaman kontan jadi kita perlu mengenal pasti siapa yang menerima tanah TOL ini,” katanya. Menteri Besar mengarahkan mereka yang secara tidak sengaja membeli tanah di Kampung Kerandang supaya mendaftar di Pejabat Tanah dan Galian kerana urusniaga ini mungkin menyalahi undang-undang. “Walaupun kerajaan negeri boleh mengabaikan transaksi haram ini, kami akan tetap bertemu dengan mereka atas dasar kemanusiaan,” kata Menteri Besar.

Popular Posts