Tuesday, July 26, 2011

BULATAN MEKAR SDN. BHD.

BULATAN MEKAR SDN. BHD. adalah Pemaju Perumahan milik penuh Bumiputera yang ditubuhkan sejak tahun 2000. Bulatan Mekar Sdn. Bhd. juga merupakan syarikat yang berdaftar dengan PKK Kelas A bertaraf Bumiputera dan memperaktikkan ISO 9001:2008 dalam operasi syarikat.

Beroperasi di alamat 510, Diamond Complexs, Bangi Business Park, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan dan menjadikan kawasan Pinggiran Putrajaya dan sekitarnya sebagai kawasan tumpuan pembangunan.

Misi Syarikat kami adalah "Menjaga , Memelihara dan Membangunkan Harta Allah S.W.T Secara Tersusun Untuk Mendapat KeberkatanNya".

Visi Syarikat kami adalah “Rakan Pembangunan Hartanah – Yang Dipercayai, Komited Dan Berdaya Saing”

Hubungi Kami

Untuk keterangan lanjut ,sila hubungi atau datang terus ke pejabat operasi kami yang beralamat seperti di bawah :

Bulatan Mekar Sdn.Bhd
510, Diamond Complex
Bangi Business Park,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor DarulEhsan.

Tel : 03 -8210 0741
Fax :03 -8210 0742

TAMAN CASA MEKAR 3 ( TELAH HABIS DIJUAL )

Taman Casa Mekar 3 merupakan 38 unit Rumah Teres 2 Tingkat yang dibina dengan berkonsepkan moden terkini dan mempunyai rekabentuk yang sangat menarik. Terletak di jalan utama Sg. Merab ( Pinggiran Putrajaya ) dan merupakan Tanah Rezab Melayu Hakmilik Kekal menjadikan pilihan utama pembeli. Dengan lokasi yang Strategik ini iaitu di antara Putrajaya dan Bandar Baru Bangi yang hanya lebih kurang 6 km dan kawasan sekitar yang damai menjadi penarik bagi pembeli yang bekerja di kawasan sekitar terutamanya di Purtajaya. Mempunyai 4 bilik tidur dengan keluasan tanah 20’ x 70’ dan juga 20’ x 80’ dan keluasan lantai kasar iaitu 1,714 kps bagi lot rumah 20’ x 70’ dan 1,815 kps bagi lot rumah 20’ x 80’ memberikan keselesaan kepada pemiliknya.


TAMAN CASA MEKAR 4 ( DIBUKA UNTUK JUALAN )


Picture1_resizeTaman Casa Mekar 4 merupakan 10 unit Perumahan Ekslusif iaitu Rumah Berkembar 2 Tingkat yang dibina dengan berkonsepkan moden terkini dan mempunyai rekabentuk yang sangat menarik. Terletak di jalan utama Sg. Merab ( Pinggiran Putrajaya ) dan merupakan Tanah Rezab Melayu Hakmilik Kekal, menjadikan pilihan utama pembeli. Dengan lokasi yang Strategik ini iaitu di antara Putrajaya dan Bandar Baru Bangi yang hanya lebih kurang 6 km dan kawasan sekitar yang damai menjadi penarik bagi pembeli yang bekerja di kawasan sekitar terutamanya di Purtajaya. Mempunyai 5 bilik tidur dengan keluasan tanah minima 30’ x 100’ dan keluasan lantai kasar 2,334 kps memberikan kelainan kepada pemiliknya.

Ciri – ciri Keistimewaan

-Dinding Rumah Daripada Batu Bata Tanah Liat Keseluruhannya
-Pagar Batu Sepenuhnya Dengan Rekabentuk Menarik
-Kemasan Lantai Kayu Berlamina di Ruang Terpilih
-Dilengkapi Sistem Pintu Pagar Berautomatik
-Yuran Guaman Perjanjian Jual Beli Percuma


RUMAH BANGLO DESA SERI WARISAN, BERANANG

Slide1_resizeDesa Seri Warisan merupakan Projek Perumahan Banglo 1 Tingkat yang terletak di Pekan Beranang iaitu Kg. Sesapan Batu Minangkabau. Projek Perumahan ini menawarkan konsep kehidupan di desa dengan reka bentuk moden dan selesa yang menggambarkan suasana, keindahan dan kecantikan rekabentuknya. Desa Seri Warisan dibina khusus untuk semua golongan dari yang muda dan juga yang telah pencen iaitu bagi mereka yang inginkan keselesaan dan kedamaian sekeliling.

Sesuai dengan namanya, ianya juga menawarkan pelan bagi penambahan (renovation) untuk keperluan semasa dan juga akan datang yang mana ianya boleh dimanfaatkan untuk warisan akan datang.

Diantara keistimewaan rumah banglo ini adalah ruang binaan yang selesa dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta ruang tamu dan dapur yang selesa. Manakala tanah belakang yang luas iaitu lebih kurang 24 kaki bagi memudahkan penambahan bangunan di masa akan datang.

Dibina di kejiranan Beranang, sebuah penempatan komuniti Melayu yang ekslusif dengan kemudahan masyarakat yang lengkap seperti surau, perpustakaan, tadika, sekolah dan klinik kesihatan.

Dapatkan BANGLO BUDGET ini pada harga serendah RM 225,000.00 sahaja dan unit adalah terhad.






HIJAUAN MEKAR ( Besebelahan Persint 14, Putrajaya )

gambar3_resizeHijauan Mekar merupakan lot-lot tanah pertanian yang terletak di Sg. Merab dan bersebelahan dengan Persint 14 (Diplomatic Enclave ), Putrajaya. Ia juga terletak di tengah-tengah kerancakan pembangunan sekeliling yang di antaranya Projek Banglo Mewah OIB ( Syarikat Senarai Awam BSKL) dan kawasan-kawasan pembangunan yang lain.
Persekitaran yang masih menghijau menjadikannya satu pilihan yang baik kepada mereka yang ingin menjadikannya pelaburan masa depan. Dengan keluasan minima 1 ekar bagi setiap lot adalah mampu milik bagi pembeli individu. Pembeli akan memperolehi hakmilik berasingan dan jalan masuk literat akan disediakan oleh penjual
Harga minima setiap lot adalah Dari RM 411, 000.00 bersamaan RM 9.00 sekaki persegi dan harga ini jauh lebih rendah berbanding hartanah bersekitakan Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang, Serdang dan bersekitaran

3 comments:

  1. Developer Bumiputera Melayu paling teruk.. Kuat berjanji tapi langsung tak ditunaikan.

    ReplyDelete
  2. saman late delivery boleh dibuat dan ada yg telah dibuat melalui hishamnazir.com

    ReplyDelete
  3. salam...rumah saya di desa seri warisan, beranang. pun masih belum siap..beli disember 2008. tiap kali call, tiap kali janji tarikh siap. tp sampai skrg x dapat kunci lagi. sape2 yang beli rumah kawasan situ contact saya 0122444987 - isa

    ReplyDelete

Popular Posts